Pages


Monday, September 24, 2012

Can I Smile?




Assalamualaikum




Andai aku ada syer besar dekat Malaysia ni, dah lama aku jadikan Pangkor tu sebagai Pulau Private aku -.- Hm, aku suka laut. Laut boleh tenangkan aku tak kira tengah serabut, kecewa, patah hati, happy. Kalau ada pintu Doraemon tu dah lama aku pinjam nak pergi ke laut sekarang! Argh. Mood down gila malam ni. Taktahu kenapa. Rasa nak menangis, jerit semua ada. macam tak betul pun ada, huu. Bila bukak mp3 semua pakat keluar lagu sedih, ceh. 

Sambil dengar lagu sesaja cari lirik lagu ni. Actually tajuk dia sebenarnya Can U Smile. Aku saja tukar. Hahah. Dia ada dua versi kalau tak silap. Aku suka tengok Live punya, L main gitar weyy. *woot*

Maksud lagu ni mendalam. Terasa sampai ke jantung I taww. Taktahu kenapa. Haha :* 

Hm, its enough I think. See ya in the next entry ;)




Ayeh, aku terjumpa fanmade MV. Serious best! Sesuai dengan lagu dia. tapi sebab tak boleh nak upload aku bagi link aje. Tekan SINI



Bai !




Friday, September 21, 2012

Tuisyen Batal.


Khusyuk baca novel, Aten bagi pinjam. Pergh tebal, sekarang aku baru baca mukasurat ke 500. Tiba-tiba, ada bunyi mesej masuk. 

Cikgu Azlina :
Adlina, Cikgu Fendi tak sihat sangat. Cikgu tak boleh buat kelas hari ni. Kita buat lain kali. Tolong bagitahu kat semua.


Oh, okay. Lepas baca-tutup-sambung novel. 3 minit lepastu bunyi lagi mesej. 

Aina :
Salam. Hari kelas LKJ batal, suami cikgu tak sihat. Cikgu akan ganti hari lain, tolong bagitahu dekat kawan lain.


Baru nak sambung baca, bunyi mesej lagi. Hanis bagi mesej yang sama. Okay, kredit takda tak boleh nak reply. Haha. 

Sambung baaca novel, set alarm pukul 2.15. Tuisyen pukul 3.30. 


....



Alarm bunyi. Tutup novel, pergi gosok baju. Tunggu call Hanis, takda jugak. Masa dalam bas dah janji suruh call bagitahu nak pergi dengan siapa. Hm. Terus pergi mandi. Lepas siap semua, tengok jam pukul 3.10 . Nak mesej cousin  suruh ambil dekat rumah, kredit 1 sen pun takda. Ahaa~ Nak taknak jalan kaki jugak pergi rumah dia. Nak mintak tolong hantar ke sekolah.

Tunggu call hanis lagi. Hm, takda jugak. Tengah tidur ke minah ni. Sampai rumah cousin, mak dia kata dia dah keluar dengan ayah dia. Dang! Aku nak pergi macam mana? Nak call Hanis kredit takda ==' Lastnya pinjam fon mak sedara call hanis.



tut..tut..

Hanis : Hello, siapa ni?
Aku : Hanis, aku ni lina.
Hanis : Oh kenapa?  *bunyi macam baru bangun tidur
Aku : Weh, tak pergi tak tuisyen? Cousin aku takda, tak boleh nak hantar. Ayah kamu ada tak?
Hanis : Ha? Tuisyen apanya? Kan batal. Kamu tak dapat mesej aku ke?
Aku : .. batal?
Hanis : Yelah, ingat kamu dapat mesej aku. 
Aku : .. ! Ya Allah !! Macam mana la aku boleh tak perasan. Weh, kamu tahu tak aku dah bersiap bagai. Hahaha, alamak maluu. Takpa la. Bai.
Hanis : Haha, oke.


............................................................................................................




=.= Terang-terang sampai 3 mesej aku dapat mengatakan tuisyen batal. Ape ke ngigau kamu ni Lina? HAHAHAHAHA gila malu betul >< 

Actually aku baca mesej cikgu Azlina je. Aku ingatkan cikgu cakap pasal kelas cikgu Fendi. Aku tak perasan perkataan KITA. Deng, lepatsu pulak mesej Aina dengan Hanis tu aku tak baca sebab aku agak deorang nak bagi mesej yang sama. Ahahaha, ntah pape je. Haii, tu laaaa. Khusyuk sangat baca novel. Keliling tak heran dah. Haha adoyy

Lastnya masa dekat rumah cousin tu aku sempat lunch sebab dipelawa. Hihik. Tak dapat pergi tuisyen, dapat makan :p

Moral of the story. Laen kali baca mesej tu betul-betul. Jangan nak berangan ye kanak-kanak. Haha -_-






Assalamualaikum. Bai !














Thursday, September 20, 2012

Milk Toof Yang Comel !

Kau jangan bajet boleh? haha





Assalamualaikum.

Comel kan budak tu ? Haha, aku jumpa dekat Google, budak Korea :*



***


Hari ni sekolah berjalan macam biasa. Cuma, ada cikgu yang tak masuk plus ramai budak takde after pukul 12 lebih tadi. Pengawas sekolah ada jamuan dekat Ipoh. Tadi waktu Kimia cikgu mention nama aku sebab result trial teruk. Makanya, berbakul-bakul nasihat lah aku dapat dari cikgu. Terima kasih cikgu :') 

Actually, aku taktau nak taip apa. Tadi punya lah banyak benda yang aku rasa nak taip, tapi disebabkan connection internet yang macam cilake mematahkan semangat aku. Haha. 

Ohye, semalam masa tengah beronggeng dekat Google terjumpa satu blog ni. Awesome weyy ! Haha, dia cerita pasal gigi susu. Writer dia buat cerita berdasarkan gigi-gigi tu. Comel sangat, haha. Kalau diorang bila gigi susu patah simpan bawah bantal. Nanti ada fairy datang malam-malam tukarkan gigi tu dengan coin emas. 

Kalau kita? Campak atas bumbung lah, tanam dalam pasu bunga lah. Sebabnya orang tua-tua kata nanti gigi cepat tumbuh. Haha, pelik-pelik je. Kalau aku dulu suka simpan, konon nanti dah besar ingat lah tu gigi susu masa kecik dulu, hee. Tapi aku cuci dulu la gigi tu. Tapi entah mana-mana aku letak gigi-gigi tu. Ade jugak terpengaruh dengan cousin tanam dalam tanah dengan baling atas bumbung tu. Haha, lawak je bila ingat balik x)

Ni aku tunjuk sikit gambar-gambar comel Ickle dengan Lardee, watak dalam My Milk Toof :-


Yang tengah baca buku tu Ickle, yang gemuk tu Lardee









Alahai comel >,<



Ikan tu kawan deorang, Carrot namanya







Kalau nak tengok lagi boleh pegi dekat SINI



Haha cakap je takda idea, sekali berderet pulak taipnya. See ya next entry , nak pegi buat kimbap. Dah janji dengan kawan nak bawak waktu tuition malam karang.


Babai.




Tuesday, September 18, 2012

Betrayed

kreatif kan?






Assalamualaikum.

Dikhianati. Baru la aku paham apa itu rasa dikhianati. Anda pernah rasa? *sila angguk 10 kali. Seriously, rasa sakit sangat hati ni. Lagi sakit daripada break dengan pakwe. HAHA. Oh, serius ni weh. Lagi-lagi pulak dengan orang yang kita rasa sangat-sangat boleh dipercayai. 

Hm. Sampai sekarang aku macam tak boleh nak percaya benda ni. Macam-macam persoalan timbul. Wae? Wae? Wae?! Kenapa kau buat macamtu weh. Argh.

Even bukan aku yang kena, tapi aku terasa jugak weh. Sebab? Sebab diorang kawan aku. Diorang kawan kau. Dan kau sanggup buat macamtu. Aku tahu kau buat macam sebab cemburu. Tapi aku tak sangka sampai jadi macam tu. .. Aku taktahu macam mana nak cakap dah. Haha, lawak betul. Sampai speechless dah aku weh. 

Takpa lah kawan, mungkin aku boleh maafkan lagi. Aku paham perasaan kau. Tapi aku harap lepas ni kau fikir dulu sebelum bertindak. Jangan sampai perbuatan kau dah menyusahkan orang lain dan mengguriskan hati perasaan orang lain. Okay? 



Peace :)




Aku taknak sebab benda kecik ni hubungan kita semua rosak pulak. Dan aku mintak maap sebab aku ter-emo. Haha. 

Kalau kau baca aku nak kau tahu, aku tetap SAYANG kamu! 
*itu pun kalau kau tahu kewujudan blog ni. HAHAHA~








Monday, September 17, 2012

HOW DARE YOU?



KKYAAAAAAAAAAAAAAAAAAHHHH!!
I HATE YOU BIMBO!





How could you do this to us? Mati-mati aku ingat kau boleh dipercayai. Tapi sebenarnya tak. Serius aku tak sangka, terasa di khianati. Serius weh, aku tak tahu macam mana nak berdepan dengan kamu esok . Hm :|




.

Iftar Ramadan Bersama ABF 2012

Assalamualaikum fellas !

Actually post ni masa bulan Ramadan hari tu lagi. Setelah hampir 10 jutakali aku cuba untuk meng-publish benda alah ni tak mau-mau, aku fedup lalu memperamkan saja benda ni. Dan setelah itu, aku taktahu aku dah termakan semut spesis apa sampai aku lupa password blog sendiri. Hebat tak? Haha. Untuk tidak membenarkan aku merepek lagi baik lah kita meneruskan tujuan asal aku maip entry ini.

Masaaa Ramadan hari tu aku ada menghadiri Iftar Ramadan dengan Azzam Big Family (ABF) bersama 10 orang anak-anak yatim di Sungai Besi, KL. Event ni telh dianjurkan sendiri oleh Family Azzam. Dan aku dengar ada jugak yang menajanya, terima kasih tuan ;)
Event tersebut bermula dengan ketibaan Azzamfc serta anak yatim. Berbuka lalu solat Maghrib bersama-sama. Lepastuu, MAKAN TIME! Heheh. Lepas makan pulak ada persembahan oleh Azzam, Azim dan Puteri. Comel aje kanak-kanak tu. Hihi. Lepastu, sesi penyampaian duit raya serta sumbangan. And the last but not least, bergambar! Haha. Syiok la jugak.

Alhamdulillah, event tersebut berjalan dengan lancar even ada sedikit kesilapan teknikal masa persembahan. Biasala, manusia pun selalu buat silap kan? hehe. Tapi yang aku terkilan sangat, ramai AzzamFc yang lama-lama takda. Oh, rindu weyyh dengan korang ! :( Ada yang  dah bertahun-tahun tak jumpa tahu? Sedeyy tahu tak? Tapi, tidak apa la, ada rezeki kita jumpa kan :) Hee. Merujuk kepada ABF dia atas, itu sebenarnya Official name untuk fan Azzam, kot? Azzam Big Family. Tapi, kalau aku lebih suka Azzamfc berbanding ABF. Haha, masing-masing punya pilihan kan ;) Ape pun, aku harap Azzamfc dapat terus kekal dan maju untuk masa akan datang. Smart and Cool ~ Hehe.

Di sini aku menghidangkan beberapa keping gambar untuk dijamah oleh mata kalian. Haha

with maksu
Ajimm, ;)

Azzam kitee, haha :D

Ini Zul. Org kata skandal aku. Org la kata. Haha

Keyo! *Linaa, 2 tahun dah tak jumpa ek. Huhu

Banner

Actually banyak je gambar dalam laptop aku. Tapi malas nak menunggu beliau me-loading je. Ini aje la. Haha. 

Oke,  bayy. Memandangkan sekarang bulan raya lagi, Salam Aidilfitri Dan Selamat Hari Malaysia ! Semoga Malaysia terus aman dan majuu~ :)