Pages


Wednesday, November 28, 2012

November 2012

Assalamualaikum and hey fellas ^^

Dah nak akhir bulan 11 pun, and the good news SPM NAK HABIS WOOIIIII ! Ore lain dah tamat mu sorang ja belum neh. -_- Hang ambik paper apa? Aku paper apa? Memang la hang habis dulu. Untung ah dakdak Bio habis semalam, Akaun pulak menyusul harini. Syok ah, Gangnam ramai-ramai lepas ni. Haha. Tak suka gangnam kita zapin :p 
Aku ada lagi dua paper je. Seni dengan LKJ. Oh, tak susah mana meh. Dua-dua kena lukis-lukis je kan. Haha. Banyak lah tak susah. LKJ tu, lari sikit dah kena potong markah. Huu -.-

Off topic pasal SPM :D Banyak benda berlaku sepanjang bulan 11 ni. Awal bulan off course lah start exam kan. 17 hb Maksu aku nikah. Alhamdulillah, berjalan lancar. Kebetulan ada gap seminggu waktu tu. Dapat lah aku tolong mana patut. Then minggu depannya resepsi pulak. Tambah pulak aku ada 3 paper waktu tu. Pis, Addmath dengan Fizik. Hahaha, naik gila jugak minggu tu. Mana nak kejar examnya, kenduri lagi. 24hb belah sini punya resepsi, 25hb esoknya tu belah Kedah pulak. Aku tak pergi sebab Isnin tu ada paper Kimia. 

Dalam stress tu, masa kat kenduri belah sini kami semua dikejutkan dengan kehadiran Azzam! Wahh adikk, akak rindu dengan mung! Hahaha. Ayah cerita diorang dari NLKO terusss pecut datang Bota. Aku time tu ada dekat Seri Iskandar, dapat call dari kawan kata Azzam dah sampai. Pa lagi, meloncat ah dalam kereta. Nasib tak roboh. Adik aku kat sebelah buat muka blur -_- Yang lawaknya, sampai ja kat dewan Alang dengan Uda datang kat aku. Ingat nak marah sebab aku drive sorang-sorang. Maklum le, lesen takda! XD Rupanya diorang nak ajak aku balik kejap ambik periuk belanga sebab nak isi lauk. Buat cuak ja ;) Aku dah dok alahh alahh, Azzam masa tu tengah nyanyi. Alang cakap dah dua lagu dah. Aku cakap kat Uda, nak jumpa Azzam satt ja, nak jerit kat dia kejap. HAHA! Uda kata, okay jom ambik gambaq ;D Pa lagi, keluar kereta aku terus jerit. AZZAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAM! Semua dok pakat tengok kat aku. WAHAHAHA. Azzam pun nasib baik bagi respon baik. AKAK! Bila sampai?! Terus kami salam :D Aku tengok dua-dua macam dah nak peluk ja sebab excited. Wakaka *sila muntah. Uda suruh kami posing sebab nak ambik gambaq. Orang lain semua pakat gelak ja tengok kami. Hihi :D Pastu aku cakap kat dia aku nak keluar balik. Nanti aku pergi jumpa yang lain, haha. 

Lepas ambik semua barang pegi balik kat dewan. Sampai-sampai terus masuk dewan, tak pandang dan Uda. Haha, sorry Uda ;D Nampak ja Ibu aku jerit. IBUUUUUUUUUUU! Ibu pulak, alaaahhh Doraemon Ibuu! ==' Semua gelak. Hahaha. Okay, Ibu memang panggil aku Doraemon sejak tahun lepas lagi. Ibu kata pipi aku bulat macam doraemon. Huu :p 

Kalau ikutkan, banyak moments best masa tu :) Rindu sangat. Yang tak bestnya cepat sangat diorang balik! Tak sempat nak photoshoot banyak-banyak :/ Sedih sikit masa diorang nak balik. Takpa, InsyaAllah event bulan 12 ni aku join. Hihi :D


*******


Jumaat minggu lepas. The Shout! Awards ada jemput artis Korea sebagai artis jemputan. Orang sibuk meng-inai maksu aku, aku terjerit-jerit kat depan tv tengok VIXX dengan Nu'est! Hahaha, OMG OMG Ren comel sangatt! Aku tengok TSA tu pun time diorang bagi award dengan perform ja. Lain aku tak tengok. Sebab memang tujuan aku dua tu ja ;D HAHA. Dalam dok best-best tu, aku bukak fB esoknya ada bad news aku dapat. KURANG AJAR PUNYA HATERS! Nak tau depa buat apa? Depa pegi boo dengan baling sampah masa persembahan VIXX dengan Nu'est. Waktu Vixx lagi teruk, masa depa pegi depan pentas depa kena baling sampah ke kasut ntah. Padan lah time Nu'est aku tengok depa menari kat belakang ja. Dan aku dengar lagi, waktu Bunface dapat award Sam bash Kpop.. Okay, semua tau Bunkface memang anti-Kpopers. Tapi tak perlu kot nak cakap macamtu. Sangat kurang ajar. Kau dah tak famous tak payah la nak buat macamtu. Aku taktahu Malaysian punya attitude teruk sampai macamtu. Tak hormatkan tetamu. At least hangpa semua dok diam je lah kalau tak suka pun. Tak payah lah nak buat kerja bodoh macamtu. Buat malu nama Malaysia je. Benda ni sampai masuk Allkpop dan dah jadi trend dekat Twitter kot. Cuba kalau artis kita yang buat persembahan kat luar negara kena macamtu, apa korang rasa? Confirm ah sakit hati kan? Lepasni tolong ah jangan campurkan Local artis dengan Kpop lagi. 

Paling aku pantang, bila orang otak kat lutut cakap "budak-budak yang minat Kpop ni semua budak perempuan bawah umur, ntah solat ke tak, lupa agama". WTH? Apehal hah setiap kali pasal Kpop kami ja yang jadi isu? Dol! Kau ingat perempuan je ke minat Kpop? Haha, ingat lelaki takda ke? Eh kau tau dak masa BigBang Alive Tour haritu majoritinya Lelaki? Kau taktau kan? Pastu hang kata "Kpop ni gay lah". Bila kpop je gay. Dahtu Adam Lambert tu jadahnya? Bukan gay? *sorry aku main petik ja. Kau sape nak judge kitorang. Kemon lah weyy, Music is universal. Lain orang lain minatnya. Even Uda aku sendiri lagi suka aku minat Kpop dari minat benda yang ntah pape. At least aku tak buat kerja kotor. Aku sendiri pun tahu lah batas-batas dia. Macamlah hangpa tak minat music, menipu nombor satu! Ingat aku ni minat hat Kpop je ka? Wei aku pun layan ah lagu omputeh, lagu Indon Malay semua tu. Even nasyid pun aku tau. Maklum la, aku ketua nasyid Nurul Huda masa sekolah rendah dulu. Haha. See? Aku pun layan apa. Tapi kenapa nak salahkan Kpop ja? Weirdo ah korang ni! &$%#@! 

Dah, sakit hati aku cakap pasal benda ni panjang-panjang. Mari ubah topik. Memandangkan aku jarang update, so aku nak sumbat semua dalam satu entry. Sonang! :D



*******



*Drum roll.. INFINITE NAK DATANG TAHUN DEPANNNNNNNNNNN !!! WOOOOTTT.

Okay, baru khabar angin je. HAHA XD Diorang nak buat MV dan mungkin showcase atau concert atau fanmeeting kat sini ! Marilah kita mengumpul duit XD MV tu diorang nak buat dekat legoland. Ahh, kalau ada orang nak sponsor aku kan best T-T Huhu. Takpa, kita tunggu je berita daripada diorang ^^ 

Dan berita lain aku dapat, Golden Disk Award (Korean Award GDA) akan diadakan di Sepang  tahun depan selama 2 hari. Lebih 20 artis Kpop akan join! Daebak! Tapi confirm hangpa cekik tulang bila tengok harga dia. RM600+ dan RM900+ . HAHA, memang berbaloi sebab dia untuk dua hari. Tapi tu lah, penganggur to be macam aku ni mana mampu nak beli tiket tu. Huu. Tengok gambar aje lah nanti yek. Kalau ada live lagi best! Haha :D 


Last but not least, Sunggyu Solo dah release! Chukhae Gyu Appa! I am so proud of you :D Aku nak album dia, murah ja. Tapi memandangkan kewangan tak kukuh, ku kuburkan saja hasratku itu walaupun murah. Huhu. 


Aku dah taktau nak taip apa. Haha, sakit hati bila sebut pasal kes TSA tu. Poor my baby T-T Benci korang haters! 



******


Let's sleep, pukul 9 nanti nak ke sekolah. Teacher Zidah nak buat tutorial mewarna untuk PSV khamis ni. I am sorry kalau entry ni buat korang rasa sesak ke apa. Tak suka sila tekan kotak X warna merah tu. Good Night! :)





Sunday, November 04, 2012

Es Pi Em

Assalamualaikum. Dah berapa bulan aku tak update blog. Semuanya disebabkan kekangan masa, kemudahan internet dan kemalasan yang melampau :D Memandangkan ESOK aku nak SPM aku nak -

Memohon sejuta kemaafan andai kata pernah terkhilaf seketika atau terguris hati dan perasan sesiapa selama ini. Maafkan aku ya? Dan aku juga ingin memohon anda semua doakan aku serta rakan seperjuangan yang bakal menduduki Sijil Penilaian Menengah pada esok hari agar beroleh ketenangan dan keredaan semasa menjawab dan mendapat keputusan yang cemerlang insyaallah :)


******************************************





Ehem, debaran kian terasa. *esok nak exam kan? Tapi Lillahi Taala, aku cakap aku punya preparation masih tak cukup. Ye, tak cukup. Even aku banyak pergi tuisyen habis duit kat tuisyen tapi masih belum cukup. Sebab? Salah sendiri, MALAS study. Haha T-T 
Tapi Insyaallah aku akan cuba untuk berjuang sehinggaa ke titisan dakwat pen yang terakhir. Aku akan cuba jugak untuk jawab soklan-soklan yang agak membunuh macam paper Physic Chemistry dengan Addmath tu. Insyaallah aku takkan biarkan dia kosong macam yang aku selalu buat sebelum-sebelum ni. Haha -_- 

Memandangkan sekarang ni jadual exam tak macam dulu-dulu yang Maksu aku selalu cerita. Sekarang ni ada gap. Banyak jugak, ada sekali tu sampai seminggu. Alhamdulillah, masih ada masa lagi untuk aku study sikit-sikit. Sekadar untuk menambah kefahaman. Cikgu Maisarah kata, selagi ada masa jangan buang ! Teruskan pejuang, masa ni tetapkan hati, fokus ! Pecut sampai 180km/j . Siapa tahu, mungkin ada sinarnya nanti ;) 

Dan, aku minta. Kepada sesiapa yang aku pernah hutang, mohon jumpa aku, mintak dekat aku. Maklum la, aku ni pelupa. Haha. Dan kepada sesiapa yang pernah terhutang kat aku, kalau korang nak bagi aku terima, taknak takpa. Aku halalkan, sebab aku bukan macam ceti jeti haram tu keje mintak hutang kat orang. Huhu.

Ehm, betul lah kata orang. Lagi nak dekat exam, lagi banyak dugaan. Macam sekarang la. Orang tengah busy study, aku sebok update blog *ghahah XD 

Memandangkan aku nak SPM tahun ni, aku taktau kenapa banyak sangat lah pakcik makcik KPOP ni datang M'sia. SAKIT HATI TAU! Time aku sibuk-sibuk baru diorang nak datang, dahtu datang nya bukan sorang dua, ni selambak sekali datang. Isk. 

  • Kiyowo, i miss youu kenapa datang masa orang tengah busy. 
  • Seunggi ahjushi, baru je beberapa hari tinggalkan M'sia. Bapak jeles aku tengok gambar dekat FB. 
  • GD grandpa, huuu tadi tengok Melodi. Gila kentang korang punya konsert. Daebak! 
  • Abang Niel, Abang Dongho, Abang Onew, wae?! Aku tengah exam korang datang. Minggu depan pulak tu! Mencik dengan korang! 
  • Dahtu ada dengar khabar Nu'est nak datang jugak. Bila tu ntah. REENNN CHINGUYAAA. Huwaaa, benci korang semuaa. 
  • Yeobo Jejin, time tu aku tengah takda duit kau datang kenapa? Tapi aku masuk contest. BANYAK. Tapi semua jahat, taknak bagi aku jumpa korang. 
  • And again, Aku benci korang! T-T  
  • Tapi, nasib baik. Abe Hoya dengan Sungyeol takda dengar berita lagi. TOLONG JANGAN DATANG TAHUN NI PAHAM ?! Wahahaha XD 
Oh, after SPM nak lepas gian tengok semuaaaaaaaaaaa drama Korea, nak tengok Abe Hoya belakun, Abe Hongki. uwahhhh!

*PANG! 

Stop it Lina. Esok kau nak exam, sudah-sudah la tu Koreanya !

-_- SPM is SPM and Korea is Korea. Arraso?


HAHAHAHAHA.



Sebelum aku merepek panjang-panjang dan membuatkan sesiapa yang membaca post ni muntah hijau+biru lebih baik aku stop. Hihi. 

Tugas aku nak mengeringkan kasut sekolah yang baru pagi tadi dibasuh and demn hujan pulak ditengah hari makanya kasut terpaksa diletak di depan kipas. I need to find the hair dryer. Hahak


안녕히 가세요 :)










Monday, September 24, 2012

Can I Smile?




Assalamualaikum




Andai aku ada syer besar dekat Malaysia ni, dah lama aku jadikan Pangkor tu sebagai Pulau Private aku -.- Hm, aku suka laut. Laut boleh tenangkan aku tak kira tengah serabut, kecewa, patah hati, happy. Kalau ada pintu Doraemon tu dah lama aku pinjam nak pergi ke laut sekarang! Argh. Mood down gila malam ni. Taktahu kenapa. Rasa nak menangis, jerit semua ada. macam tak betul pun ada, huu. Bila bukak mp3 semua pakat keluar lagu sedih, ceh. 

Sambil dengar lagu sesaja cari lirik lagu ni. Actually tajuk dia sebenarnya Can U Smile. Aku saja tukar. Hahah. Dia ada dua versi kalau tak silap. Aku suka tengok Live punya, L main gitar weyy. *woot*

Maksud lagu ni mendalam. Terasa sampai ke jantung I taww. Taktahu kenapa. Haha :* 

Hm, its enough I think. See ya in the next entry ;)




Ayeh, aku terjumpa fanmade MV. Serious best! Sesuai dengan lagu dia. tapi sebab tak boleh nak upload aku bagi link aje. Tekan SINI



Bai !




Friday, September 21, 2012

Tuisyen Batal.


Khusyuk baca novel, Aten bagi pinjam. Pergh tebal, sekarang aku baru baca mukasurat ke 500. Tiba-tiba, ada bunyi mesej masuk. 

Cikgu Azlina :
Adlina, Cikgu Fendi tak sihat sangat. Cikgu tak boleh buat kelas hari ni. Kita buat lain kali. Tolong bagitahu kat semua.


Oh, okay. Lepas baca-tutup-sambung novel. 3 minit lepastu bunyi lagi mesej. 

Aina :
Salam. Hari kelas LKJ batal, suami cikgu tak sihat. Cikgu akan ganti hari lain, tolong bagitahu dekat kawan lain.


Baru nak sambung baca, bunyi mesej lagi. Hanis bagi mesej yang sama. Okay, kredit takda tak boleh nak reply. Haha. 

Sambung baaca novel, set alarm pukul 2.15. Tuisyen pukul 3.30. 


....



Alarm bunyi. Tutup novel, pergi gosok baju. Tunggu call Hanis, takda jugak. Masa dalam bas dah janji suruh call bagitahu nak pergi dengan siapa. Hm. Terus pergi mandi. Lepas siap semua, tengok jam pukul 3.10 . Nak mesej cousin  suruh ambil dekat rumah, kredit 1 sen pun takda. Ahaa~ Nak taknak jalan kaki jugak pergi rumah dia. Nak mintak tolong hantar ke sekolah.

Tunggu call hanis lagi. Hm, takda jugak. Tengah tidur ke minah ni. Sampai rumah cousin, mak dia kata dia dah keluar dengan ayah dia. Dang! Aku nak pergi macam mana? Nak call Hanis kredit takda ==' Lastnya pinjam fon mak sedara call hanis.



tut..tut..

Hanis : Hello, siapa ni?
Aku : Hanis, aku ni lina.
Hanis : Oh kenapa?  *bunyi macam baru bangun tidur
Aku : Weh, tak pergi tak tuisyen? Cousin aku takda, tak boleh nak hantar. Ayah kamu ada tak?
Hanis : Ha? Tuisyen apanya? Kan batal. Kamu tak dapat mesej aku ke?
Aku : .. batal?
Hanis : Yelah, ingat kamu dapat mesej aku. 
Aku : .. ! Ya Allah !! Macam mana la aku boleh tak perasan. Weh, kamu tahu tak aku dah bersiap bagai. Hahaha, alamak maluu. Takpa la. Bai.
Hanis : Haha, oke.


............................................................................................................




=.= Terang-terang sampai 3 mesej aku dapat mengatakan tuisyen batal. Ape ke ngigau kamu ni Lina? HAHAHAHAHA gila malu betul >< 

Actually aku baca mesej cikgu Azlina je. Aku ingatkan cikgu cakap pasal kelas cikgu Fendi. Aku tak perasan perkataan KITA. Deng, lepatsu pulak mesej Aina dengan Hanis tu aku tak baca sebab aku agak deorang nak bagi mesej yang sama. Ahahaha, ntah pape je. Haii, tu laaaa. Khusyuk sangat baca novel. Keliling tak heran dah. Haha adoyy

Lastnya masa dekat rumah cousin tu aku sempat lunch sebab dipelawa. Hihik. Tak dapat pergi tuisyen, dapat makan :p

Moral of the story. Laen kali baca mesej tu betul-betul. Jangan nak berangan ye kanak-kanak. Haha -_-






Assalamualaikum. Bai !














Thursday, September 20, 2012

Milk Toof Yang Comel !

Kau jangan bajet boleh? haha





Assalamualaikum.

Comel kan budak tu ? Haha, aku jumpa dekat Google, budak Korea :*



***


Hari ni sekolah berjalan macam biasa. Cuma, ada cikgu yang tak masuk plus ramai budak takde after pukul 12 lebih tadi. Pengawas sekolah ada jamuan dekat Ipoh. Tadi waktu Kimia cikgu mention nama aku sebab result trial teruk. Makanya, berbakul-bakul nasihat lah aku dapat dari cikgu. Terima kasih cikgu :') 

Actually, aku taktau nak taip apa. Tadi punya lah banyak benda yang aku rasa nak taip, tapi disebabkan connection internet yang macam cilake mematahkan semangat aku. Haha. 

Ohye, semalam masa tengah beronggeng dekat Google terjumpa satu blog ni. Awesome weyy ! Haha, dia cerita pasal gigi susu. Writer dia buat cerita berdasarkan gigi-gigi tu. Comel sangat, haha. Kalau diorang bila gigi susu patah simpan bawah bantal. Nanti ada fairy datang malam-malam tukarkan gigi tu dengan coin emas. 

Kalau kita? Campak atas bumbung lah, tanam dalam pasu bunga lah. Sebabnya orang tua-tua kata nanti gigi cepat tumbuh. Haha, pelik-pelik je. Kalau aku dulu suka simpan, konon nanti dah besar ingat lah tu gigi susu masa kecik dulu, hee. Tapi aku cuci dulu la gigi tu. Tapi entah mana-mana aku letak gigi-gigi tu. Ade jugak terpengaruh dengan cousin tanam dalam tanah dengan baling atas bumbung tu. Haha, lawak je bila ingat balik x)

Ni aku tunjuk sikit gambar-gambar comel Ickle dengan Lardee, watak dalam My Milk Toof :-


Yang tengah baca buku tu Ickle, yang gemuk tu Lardee









Alahai comel >,<



Ikan tu kawan deorang, Carrot namanya







Kalau nak tengok lagi boleh pegi dekat SINI



Haha cakap je takda idea, sekali berderet pulak taipnya. See ya next entry , nak pegi buat kimbap. Dah janji dengan kawan nak bawak waktu tuition malam karang.


Babai.




Tuesday, September 18, 2012

Betrayed

kreatif kan?






Assalamualaikum.

Dikhianati. Baru la aku paham apa itu rasa dikhianati. Anda pernah rasa? *sila angguk 10 kali. Seriously, rasa sakit sangat hati ni. Lagi sakit daripada break dengan pakwe. HAHA. Oh, serius ni weh. Lagi-lagi pulak dengan orang yang kita rasa sangat-sangat boleh dipercayai. 

Hm. Sampai sekarang aku macam tak boleh nak percaya benda ni. Macam-macam persoalan timbul. Wae? Wae? Wae?! Kenapa kau buat macamtu weh. Argh.

Even bukan aku yang kena, tapi aku terasa jugak weh. Sebab? Sebab diorang kawan aku. Diorang kawan kau. Dan kau sanggup buat macamtu. Aku tahu kau buat macam sebab cemburu. Tapi aku tak sangka sampai jadi macam tu. .. Aku taktahu macam mana nak cakap dah. Haha, lawak betul. Sampai speechless dah aku weh. 

Takpa lah kawan, mungkin aku boleh maafkan lagi. Aku paham perasaan kau. Tapi aku harap lepas ni kau fikir dulu sebelum bertindak. Jangan sampai perbuatan kau dah menyusahkan orang lain dan mengguriskan hati perasaan orang lain. Okay? 



Peace :)




Aku taknak sebab benda kecik ni hubungan kita semua rosak pulak. Dan aku mintak maap sebab aku ter-emo. Haha. 

Kalau kau baca aku nak kau tahu, aku tetap SAYANG kamu! 
*itu pun kalau kau tahu kewujudan blog ni. HAHAHA~








Monday, September 17, 2012

HOW DARE YOU?



KKYAAAAAAAAAAAAAAAAAAHHHH!!
I HATE YOU BIMBO!





How could you do this to us? Mati-mati aku ingat kau boleh dipercayai. Tapi sebenarnya tak. Serius aku tak sangka, terasa di khianati. Serius weh, aku tak tahu macam mana nak berdepan dengan kamu esok . Hm :|




.

Iftar Ramadan Bersama ABF 2012

Assalamualaikum fellas !

Actually post ni masa bulan Ramadan hari tu lagi. Setelah hampir 10 jutakali aku cuba untuk meng-publish benda alah ni tak mau-mau, aku fedup lalu memperamkan saja benda ni. Dan setelah itu, aku taktahu aku dah termakan semut spesis apa sampai aku lupa password blog sendiri. Hebat tak? Haha. Untuk tidak membenarkan aku merepek lagi baik lah kita meneruskan tujuan asal aku maip entry ini.

Masaaa Ramadan hari tu aku ada menghadiri Iftar Ramadan dengan Azzam Big Family (ABF) bersama 10 orang anak-anak yatim di Sungai Besi, KL. Event ni telh dianjurkan sendiri oleh Family Azzam. Dan aku dengar ada jugak yang menajanya, terima kasih tuan ;)
Event tersebut bermula dengan ketibaan Azzamfc serta anak yatim. Berbuka lalu solat Maghrib bersama-sama. Lepastuu, MAKAN TIME! Heheh. Lepas makan pulak ada persembahan oleh Azzam, Azim dan Puteri. Comel aje kanak-kanak tu. Hihi. Lepastu, sesi penyampaian duit raya serta sumbangan. And the last but not least, bergambar! Haha. Syiok la jugak.

Alhamdulillah, event tersebut berjalan dengan lancar even ada sedikit kesilapan teknikal masa persembahan. Biasala, manusia pun selalu buat silap kan? hehe. Tapi yang aku terkilan sangat, ramai AzzamFc yang lama-lama takda. Oh, rindu weyyh dengan korang ! :( Ada yang  dah bertahun-tahun tak jumpa tahu? Sedeyy tahu tak? Tapi, tidak apa la, ada rezeki kita jumpa kan :) Hee. Merujuk kepada ABF dia atas, itu sebenarnya Official name untuk fan Azzam, kot? Azzam Big Family. Tapi, kalau aku lebih suka Azzamfc berbanding ABF. Haha, masing-masing punya pilihan kan ;) Ape pun, aku harap Azzamfc dapat terus kekal dan maju untuk masa akan datang. Smart and Cool ~ Hehe.

Di sini aku menghidangkan beberapa keping gambar untuk dijamah oleh mata kalian. Haha

with maksu
Ajimm, ;)

Azzam kitee, haha :D

Ini Zul. Org kata skandal aku. Org la kata. Haha

Keyo! *Linaa, 2 tahun dah tak jumpa ek. Huhu

Banner

Actually banyak je gambar dalam laptop aku. Tapi malas nak menunggu beliau me-loading je. Ini aje la. Haha. 

Oke,  bayy. Memandangkan sekarang bulan raya lagi, Salam Aidilfitri Dan Selamat Hari Malaysia ! Semoga Malaysia terus aman dan majuu~ :)




Friday, August 03, 2012

Suratan atau Kebetulan ?

Assalamualaikum. 
  
   Selamat tinggal July :( welcome back August.

***


Ehem, berbalik kepada topik asal. Suratan mahupun kebetulan? Ayat nak bombaastikayam je. Haha ;D 

Anda pernah mengalami sesuatu yang dikatakan firasat? Aku, mungkin pernah. Atau, sekadar kebetulan aje kot. Haha. Aneh, tapi entah. 

ehemm..

Ceritanya begini,
  
   Balik dari Seri Iskandar, sepanjang perjalanan tu aku tidur, cuma terjaga sikit-sikit tu biasa lah, ken? Tetiba ayah aku brek mengejut! Rupanya ada kucing tengah landing baekk punya kat tengah-tengah jalan tu. HAMPEH. Kejadian tersebut telah membuatkan kami nyaris accident dan kucing terbabit nyaris haup dilanggar. 

Oke, 

ape yang dikatakan firasat sangat tu? Macam ni, masa sebelum ayah aku brek tu, aku jerit tahu. Dan sebelum aku jerit tu, aku tidur, dan semasa aku tengah tidur aku terasa macam ada something nak berlaku. Aku jaga, terus aku jerit AYAH ! itu je yang mampu aku jerit. Hahak, then ayah terkejut dalam masa yang sama kami nampak macam kelibat kucing, mata kucing kan bersinar dalam gelap. Dan sedaya upaya nya lah ayah mengelak dari terlanggar kucing terbabit. Brek mengejut, terlencong ke jalan sebelah, brek lagi dan aku pulak nyaris tak terhumban ke depan -_- Untung hari malam, kereta pun tak banyak, kat lorong sebelah pun takda kereta. Kami semua terselamat. Alhamdulillah. 

 So? Ape yang peliknya? Mungkin kebetulan aje kot ek? Tapi dah banyak kali aku lalui benda yang sama. Dan semuanya melibatkan kucing yang nyaris accident. Aneh kan? Atau, mungkin sememangnya takdir aku untuk menyelamatkan kucing-kucing terbabit? Haha

Tak apa lah. Mungkin ada hikmah disebalik nya eh? So, chill saja la. Dan bagus jugak, takda lah kucing yang mati kat jalan raya kena langgar. Selamat satu nyawa, hehe :)


Ayah sudah menegur, baik beta masuk beradu dahulu. Jakg kena tegur kali kedua pulak karang, haha. Annyeong !


Wednesday, August 01, 2012

Selamat Ber-TRIAL !

Selamat menduduki trial SPM.
Nebess wehh ><
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kau pahal Lina? Bukan kau yang nak trial. Adik kau le -_-
AHAHAHA, oke memang bukan aku yang trial hari ni *sigh

(sila abaikan perkara di atas)


Muehehe, actually hari ni hari Rabu bersamaan 1 Ogos 2012, bermula la detik-detik hitam sejarah bagi calon-calon PMR ( apa maksud PMR ha? kawe lupa ) 
Dan salah satunya antara calon calon teruntung tersebut adalah adik lelaki aku yang sangat kachak lagi begaya ( kah? haha ) Mior Akmal Bin Mior Akram Azmi. Adik bawah aku, hehe.

sebelah kiri baju kuning.

Memandangkan dia hide semua gambar kat fB, so ini saje yang aku jumpa. Tu pun kawan dia yang tag, haha ;D jadi le. Ni pun kite dah pilih yang paling hensem tahu? Slek kawan kamu tu la, sikit pun taknak sengih -_-
Ignore him. HAHA

Okey ma boy. I know you can do it. Please don't be stress. Just relax. When you get the paper, do like my teacher said : Bila dapat paper tu, ngorat dia kejap, kenyit-kenyit mata sikit. Mana tahu dia bagi jawapan ke kan? Haha :p 


GOODLUCK FOR YOUR TRIAL ! 


ARR, sedap aje bagi nasihat kat orang. Kau tuuuuuuuuuuuuuuuuuu ape kurangnya? Hahaha^^



p/s: Even aku tau hari ni wordlesss wednesday. Aku nak jugak bagi ucapan kat adik aku, haha. Langgar pantaang kejap hari ni XD - Actually mana ada pun pantang larang bagai ni. Aku saja menambah, hahahak hak :D








Wordless Wednesday #1





Maksud Wordless Wednesday :
 Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan :) more on wiki.answers.com

credit to : abg Hafiz Zainal :D

Sunday, July 29, 2012

Happy Holiday ^^

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu~

Hari ni dah masuk puasa ke 9, tinggal lagi 21 hari Syawal bakal menjelma + 29 hari trial SPM -_- hari yang paling digeruni oleh para calon cemerlang SPM 2012 (termasuk aku, AMIN) :D

Okey, tutup  cerita trial. HAHA, jantung tak boleh mengepam secara normal bila sebut TRIAL >< Kita cerita pula tentang suasana sahur hari ni. Boleh dikatakan AMAT kelam kabut. Aku rasa semua bangun lambat memandangkan semalam semuaa tidur lambat, haha. Ayah kejut pun dah pukul 5.29 a.m. Ayah dah jerit-jerit kat dapur, " BANGUUUUUUUUUUUUUUUNNN ! SAHURRRR! DAH NAK HABIS WAKTUU NIIII ! ". Ape lagi, semua pakat kelam la nak bangun. Al kisahnye sepatutnya sahur tadi makan special la kunun, Nasi Ayam ;D pukul 1 pagi kakyong dah prepare semua bahan. Nasi pun dah masak. Tinggal nak goreng ayam. Tuptup, kebetulan pulak, gas habis. HAHAHA, sumpah lawak. Dengan menggunakan kebijaksanaan Ayah, kitorang panaskan ayam tu gune toaster, repeat TOASTER, iye, toaster roti tuu. Hahaha, bapak lawak. Lepastu, bila dah ready semua masa nak makan tinggal dalam 10 minit je. Sebelum ayam siap aku dah melantak dulu nasi dia. Buatnya tetiba ayam sampai kat meja imsak dah masuk, at least ada jugak terisi perut ni xD Adik aku pulak makan nasi dengan sos cili, haha. Bila ayam dah siap semua kelam kabut.Yang ni jahat sangat aku cakap " cepat makan! dah nak abes ni, lagi seminit je! ". Padahal ade lagi masa. Sempat kalau nak makan second round :p Kakyong siap tersedu-sedu sebab makan gelojoh sangat, muahahaha. Sorry kakyong ;D;D Haih, kalau semua tak bangun lambat tadi confirm sahur harini sahur tersodap sekali. Korang ade ke sahur makan nasi ayam? ade ade? Haha^^ 

Lepas sahur tu ingat nak tidur kejap,  mengantuk gila. Lepas tu ayah jerit lagi sekali, BANGUUUUUUUUUUUUNN! *dalam hati dah mengamuk, ape jerit-jerit ni. SEMBAHYANG SUBUHHHH! *oh, oke. Cadang nak tido lagi 5 minit, haha. Pastu ayah cakap, nak berjemaah. Hm, mula taknak bangun, last-last bangun jugak :p Jarang kami dapat berjemaah macam harini, habis je solat kakyong dah menitik-nitik air mata. Aku tau sebab ape, tapi mana boleh cakap. HAHA, hm :)

Ya Allah, lindungilah kami semua dari segala perkara yang membawa keburukan, kekalkan lah silaturahmi kami seperti harini, Engkau berikanlah rahmat kepada keluarga kami, Berkatilah segala urusan yang kami lakukan di dunia ini, buat arwah mama, Engkau ampunkan lah dosa-dosanya yang lalu Ya Allah, terangi serta lapangkan lah tempat pembaringannya itu Ya Allah, dan tempatkan lah mama di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga kami sekeluarga dapat bertemu di syurgaMU  Amin.