Selamat tinggal July :( welcome back August.
***
Ehem, berbalik kepada topik asal. Suratan mahupun kebetulan? Ayat nak bombaastikayam je. Haha ;D
Anda pernah mengalami sesuatu yang dikatakan firasat? Aku, mungkin pernah. Atau, sekadar kebetulan aje kot. Haha. Aneh, tapi entah.
ehemm..
Ceritanya begini,
Balik dari Seri Iskandar, sepanjang perjalanan tu aku tidur, cuma terjaga sikit-sikit tu biasa lah, ken? Tetiba ayah aku brek mengejut! Rupanya ada kucing tengah landing baekk punya kat tengah-tengah jalan tu. HAMPEH. Kejadian tersebut telah membuatkan kami nyaris accident dan kucing terbabit nyaris haup dilanggar.
Oke,
ape yang dikatakan firasat sangat tu? Macam ni, masa sebelum ayah aku brek tu, aku jerit tahu. Dan sebelum aku jerit tu, aku tidur, dan semasa aku tengah tidur aku terasa macam ada something nak berlaku. Aku jaga, terus aku jerit AYAH ! itu je yang mampu aku jerit. Hahak, then ayah terkejut dalam masa yang sama kami nampak macam kelibat kucing, mata kucing kan bersinar dalam gelap. Dan sedaya upaya nya lah ayah mengelak dari terlanggar kucing terbabit. Brek mengejut, terlencong ke jalan sebelah, brek lagi dan aku pulak nyaris tak terhumban ke depan -_- Untung hari malam, kereta pun tak banyak, kat lorong sebelah pun takda kereta. Kami semua terselamat. Alhamdulillah.
So? Ape yang peliknya? Mungkin kebetulan aje kot ek? Tapi dah banyak kali aku lalui benda yang sama. Dan semuanya melibatkan kucing yang nyaris accident. Aneh kan? Atau, mungkin sememangnya takdir aku untuk menyelamatkan kucing-kucing terbabit? Haha
Tak apa lah. Mungkin ada hikmah disebalik nya eh? So, chill saja la. Dan bagus jugak, takda lah kucing yang mati kat jalan raya kena langgar. Selamat satu nyawa, hehe :)
Ayah sudah menegur, baik beta masuk beradu dahulu. Jakg kena tegur kali kedua pulak karang, haha. Annyeong !

No comments:
Post a Comment