Pages


Wednesday, November 28, 2012

November 2012

Assalamualaikum and hey fellas ^^

Dah nak akhir bulan 11 pun, and the good news SPM NAK HABIS WOOIIIII ! Ore lain dah tamat mu sorang ja belum neh. -_- Hang ambik paper apa? Aku paper apa? Memang la hang habis dulu. Untung ah dakdak Bio habis semalam, Akaun pulak menyusul harini. Syok ah, Gangnam ramai-ramai lepas ni. Haha. Tak suka gangnam kita zapin :p 
Aku ada lagi dua paper je. Seni dengan LKJ. Oh, tak susah mana meh. Dua-dua kena lukis-lukis je kan. Haha. Banyak lah tak susah. LKJ tu, lari sikit dah kena potong markah. Huu -.-

Off topic pasal SPM :D Banyak benda berlaku sepanjang bulan 11 ni. Awal bulan off course lah start exam kan. 17 hb Maksu aku nikah. Alhamdulillah, berjalan lancar. Kebetulan ada gap seminggu waktu tu. Dapat lah aku tolong mana patut. Then minggu depannya resepsi pulak. Tambah pulak aku ada 3 paper waktu tu. Pis, Addmath dengan Fizik. Hahaha, naik gila jugak minggu tu. Mana nak kejar examnya, kenduri lagi. 24hb belah sini punya resepsi, 25hb esoknya tu belah Kedah pulak. Aku tak pergi sebab Isnin tu ada paper Kimia. 

Dalam stress tu, masa kat kenduri belah sini kami semua dikejutkan dengan kehadiran Azzam! Wahh adikk, akak rindu dengan mung! Hahaha. Ayah cerita diorang dari NLKO terusss pecut datang Bota. Aku time tu ada dekat Seri Iskandar, dapat call dari kawan kata Azzam dah sampai. Pa lagi, meloncat ah dalam kereta. Nasib tak roboh. Adik aku kat sebelah buat muka blur -_- Yang lawaknya, sampai ja kat dewan Alang dengan Uda datang kat aku. Ingat nak marah sebab aku drive sorang-sorang. Maklum le, lesen takda! XD Rupanya diorang nak ajak aku balik kejap ambik periuk belanga sebab nak isi lauk. Buat cuak ja ;) Aku dah dok alahh alahh, Azzam masa tu tengah nyanyi. Alang cakap dah dua lagu dah. Aku cakap kat Uda, nak jumpa Azzam satt ja, nak jerit kat dia kejap. HAHA! Uda kata, okay jom ambik gambaq ;D Pa lagi, keluar kereta aku terus jerit. AZZAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAM! Semua dok pakat tengok kat aku. WAHAHAHA. Azzam pun nasib baik bagi respon baik. AKAK! Bila sampai?! Terus kami salam :D Aku tengok dua-dua macam dah nak peluk ja sebab excited. Wakaka *sila muntah. Uda suruh kami posing sebab nak ambik gambaq. Orang lain semua pakat gelak ja tengok kami. Hihi :D Pastu aku cakap kat dia aku nak keluar balik. Nanti aku pergi jumpa yang lain, haha. 

Lepas ambik semua barang pegi balik kat dewan. Sampai-sampai terus masuk dewan, tak pandang dan Uda. Haha, sorry Uda ;D Nampak ja Ibu aku jerit. IBUUUUUUUUUUU! Ibu pulak, alaaahhh Doraemon Ibuu! ==' Semua gelak. Hahaha. Okay, Ibu memang panggil aku Doraemon sejak tahun lepas lagi. Ibu kata pipi aku bulat macam doraemon. Huu :p 

Kalau ikutkan, banyak moments best masa tu :) Rindu sangat. Yang tak bestnya cepat sangat diorang balik! Tak sempat nak photoshoot banyak-banyak :/ Sedih sikit masa diorang nak balik. Takpa, InsyaAllah event bulan 12 ni aku join. Hihi :D


*******


Jumaat minggu lepas. The Shout! Awards ada jemput artis Korea sebagai artis jemputan. Orang sibuk meng-inai maksu aku, aku terjerit-jerit kat depan tv tengok VIXX dengan Nu'est! Hahaha, OMG OMG Ren comel sangatt! Aku tengok TSA tu pun time diorang bagi award dengan perform ja. Lain aku tak tengok. Sebab memang tujuan aku dua tu ja ;D HAHA. Dalam dok best-best tu, aku bukak fB esoknya ada bad news aku dapat. KURANG AJAR PUNYA HATERS! Nak tau depa buat apa? Depa pegi boo dengan baling sampah masa persembahan VIXX dengan Nu'est. Waktu Vixx lagi teruk, masa depa pegi depan pentas depa kena baling sampah ke kasut ntah. Padan lah time Nu'est aku tengok depa menari kat belakang ja. Dan aku dengar lagi, waktu Bunface dapat award Sam bash Kpop.. Okay, semua tau Bunkface memang anti-Kpopers. Tapi tak perlu kot nak cakap macamtu. Sangat kurang ajar. Kau dah tak famous tak payah la nak buat macamtu. Aku taktahu Malaysian punya attitude teruk sampai macamtu. Tak hormatkan tetamu. At least hangpa semua dok diam je lah kalau tak suka pun. Tak payah lah nak buat kerja bodoh macamtu. Buat malu nama Malaysia je. Benda ni sampai masuk Allkpop dan dah jadi trend dekat Twitter kot. Cuba kalau artis kita yang buat persembahan kat luar negara kena macamtu, apa korang rasa? Confirm ah sakit hati kan? Lepasni tolong ah jangan campurkan Local artis dengan Kpop lagi. 

Paling aku pantang, bila orang otak kat lutut cakap "budak-budak yang minat Kpop ni semua budak perempuan bawah umur, ntah solat ke tak, lupa agama". WTH? Apehal hah setiap kali pasal Kpop kami ja yang jadi isu? Dol! Kau ingat perempuan je ke minat Kpop? Haha, ingat lelaki takda ke? Eh kau tau dak masa BigBang Alive Tour haritu majoritinya Lelaki? Kau taktau kan? Pastu hang kata "Kpop ni gay lah". Bila kpop je gay. Dahtu Adam Lambert tu jadahnya? Bukan gay? *sorry aku main petik ja. Kau sape nak judge kitorang. Kemon lah weyy, Music is universal. Lain orang lain minatnya. Even Uda aku sendiri lagi suka aku minat Kpop dari minat benda yang ntah pape. At least aku tak buat kerja kotor. Aku sendiri pun tahu lah batas-batas dia. Macamlah hangpa tak minat music, menipu nombor satu! Ingat aku ni minat hat Kpop je ka? Wei aku pun layan ah lagu omputeh, lagu Indon Malay semua tu. Even nasyid pun aku tau. Maklum la, aku ketua nasyid Nurul Huda masa sekolah rendah dulu. Haha. See? Aku pun layan apa. Tapi kenapa nak salahkan Kpop ja? Weirdo ah korang ni! &$%#@! 

Dah, sakit hati aku cakap pasal benda ni panjang-panjang. Mari ubah topik. Memandangkan aku jarang update, so aku nak sumbat semua dalam satu entry. Sonang! :D



*******



*Drum roll.. INFINITE NAK DATANG TAHUN DEPANNNNNNNNNNN !!! WOOOOTTT.

Okay, baru khabar angin je. HAHA XD Diorang nak buat MV dan mungkin showcase atau concert atau fanmeeting kat sini ! Marilah kita mengumpul duit XD MV tu diorang nak buat dekat legoland. Ahh, kalau ada orang nak sponsor aku kan best T-T Huhu. Takpa, kita tunggu je berita daripada diorang ^^ 

Dan berita lain aku dapat, Golden Disk Award (Korean Award GDA) akan diadakan di Sepang  tahun depan selama 2 hari. Lebih 20 artis Kpop akan join! Daebak! Tapi confirm hangpa cekik tulang bila tengok harga dia. RM600+ dan RM900+ . HAHA, memang berbaloi sebab dia untuk dua hari. Tapi tu lah, penganggur to be macam aku ni mana mampu nak beli tiket tu. Huu. Tengok gambar aje lah nanti yek. Kalau ada live lagi best! Haha :D 


Last but not least, Sunggyu Solo dah release! Chukhae Gyu Appa! I am so proud of you :D Aku nak album dia, murah ja. Tapi memandangkan kewangan tak kukuh, ku kuburkan saja hasratku itu walaupun murah. Huhu. 


Aku dah taktau nak taip apa. Haha, sakit hati bila sebut pasal kes TSA tu. Poor my baby T-T Benci korang haters! 



******


Let's sleep, pukul 9 nanti nak ke sekolah. Teacher Zidah nak buat tutorial mewarna untuk PSV khamis ni. I am sorry kalau entry ni buat korang rasa sesak ke apa. Tak suka sila tekan kotak X warna merah tu. Good Night! :)





Sunday, November 04, 2012

Es Pi Em

Assalamualaikum. Dah berapa bulan aku tak update blog. Semuanya disebabkan kekangan masa, kemudahan internet dan kemalasan yang melampau :D Memandangkan ESOK aku nak SPM aku nak -

Memohon sejuta kemaafan andai kata pernah terkhilaf seketika atau terguris hati dan perasan sesiapa selama ini. Maafkan aku ya? Dan aku juga ingin memohon anda semua doakan aku serta rakan seperjuangan yang bakal menduduki Sijil Penilaian Menengah pada esok hari agar beroleh ketenangan dan keredaan semasa menjawab dan mendapat keputusan yang cemerlang insyaallah :)


******************************************





Ehem, debaran kian terasa. *esok nak exam kan? Tapi Lillahi Taala, aku cakap aku punya preparation masih tak cukup. Ye, tak cukup. Even aku banyak pergi tuisyen habis duit kat tuisyen tapi masih belum cukup. Sebab? Salah sendiri, MALAS study. Haha T-T 
Tapi Insyaallah aku akan cuba untuk berjuang sehinggaa ke titisan dakwat pen yang terakhir. Aku akan cuba jugak untuk jawab soklan-soklan yang agak membunuh macam paper Physic Chemistry dengan Addmath tu. Insyaallah aku takkan biarkan dia kosong macam yang aku selalu buat sebelum-sebelum ni. Haha -_- 

Memandangkan sekarang ni jadual exam tak macam dulu-dulu yang Maksu aku selalu cerita. Sekarang ni ada gap. Banyak jugak, ada sekali tu sampai seminggu. Alhamdulillah, masih ada masa lagi untuk aku study sikit-sikit. Sekadar untuk menambah kefahaman. Cikgu Maisarah kata, selagi ada masa jangan buang ! Teruskan pejuang, masa ni tetapkan hati, fokus ! Pecut sampai 180km/j . Siapa tahu, mungkin ada sinarnya nanti ;) 

Dan, aku minta. Kepada sesiapa yang aku pernah hutang, mohon jumpa aku, mintak dekat aku. Maklum la, aku ni pelupa. Haha. Dan kepada sesiapa yang pernah terhutang kat aku, kalau korang nak bagi aku terima, taknak takpa. Aku halalkan, sebab aku bukan macam ceti jeti haram tu keje mintak hutang kat orang. Huhu.

Ehm, betul lah kata orang. Lagi nak dekat exam, lagi banyak dugaan. Macam sekarang la. Orang tengah busy study, aku sebok update blog *ghahah XD 

Memandangkan aku nak SPM tahun ni, aku taktau kenapa banyak sangat lah pakcik makcik KPOP ni datang M'sia. SAKIT HATI TAU! Time aku sibuk-sibuk baru diorang nak datang, dahtu datang nya bukan sorang dua, ni selambak sekali datang. Isk. 

  • Kiyowo, i miss youu kenapa datang masa orang tengah busy. 
  • Seunggi ahjushi, baru je beberapa hari tinggalkan M'sia. Bapak jeles aku tengok gambar dekat FB. 
  • GD grandpa, huuu tadi tengok Melodi. Gila kentang korang punya konsert. Daebak! 
  • Abang Niel, Abang Dongho, Abang Onew, wae?! Aku tengah exam korang datang. Minggu depan pulak tu! Mencik dengan korang! 
  • Dahtu ada dengar khabar Nu'est nak datang jugak. Bila tu ntah. REENNN CHINGUYAAA. Huwaaa, benci korang semuaa. 
  • Yeobo Jejin, time tu aku tengah takda duit kau datang kenapa? Tapi aku masuk contest. BANYAK. Tapi semua jahat, taknak bagi aku jumpa korang. 
  • And again, Aku benci korang! T-T  
  • Tapi, nasib baik. Abe Hoya dengan Sungyeol takda dengar berita lagi. TOLONG JANGAN DATANG TAHUN NI PAHAM ?! Wahahaha XD 
Oh, after SPM nak lepas gian tengok semuaaaaaaaaaaa drama Korea, nak tengok Abe Hoya belakun, Abe Hongki. uwahhhh!

*PANG! 

Stop it Lina. Esok kau nak exam, sudah-sudah la tu Koreanya !

-_- SPM is SPM and Korea is Korea. Arraso?


HAHAHAHAHA.



Sebelum aku merepek panjang-panjang dan membuatkan sesiapa yang membaca post ni muntah hijau+biru lebih baik aku stop. Hihi. 

Tugas aku nak mengeringkan kasut sekolah yang baru pagi tadi dibasuh and demn hujan pulak ditengah hari makanya kasut terpaksa diletak di depan kipas. I need to find the hair dryer. Hahak


안녕히 가세요 :)